Hakim naik petak ke-13, Uriarte dikenakan penalti

Hakim naik petak ke-13, Uriarte dikenakan penalti

Pelumba AEON CREDIT SIC Racing MSI, Hakim Danish (kanan) tiba di pit lane selepas sesi kelayakan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Malaysia 2025 di Petronas Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelumba ‘wild card’ Moto3 negara, Hakim Danish Ramli akan bermula daripada petak ke-13 berbanding 14 selepas Brian Uriarte dari Sepanyol dikenakan hukuman penalti sewaktu sesi kelayakan pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, petang tadi.

Hakim Danish yang mewakili pasukan AEON Credits SIC Racing MSi mencatat masa 2 minit 11.487 saat (s) yang menyaksikannya berada di kedudukan ke-14 sebelum hukuman di kenakan ke atas Uriarte yang mewakili pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP.

Namun, selepas juara Red Bull MotoGP Rookies itu didapati melakukan kesalahan memperlahankan motosikalnya pada sesi kelayakan 2 (Q2), dia dikenakan penalti sembilan petak ke belakang oleh steward perlumbaan.

Seteru ketat Hakim Danish itu sepatutnya bermula daripada petak kelima dengan catatan masa sepusingan 2:10.239s dalam perlumbaan, esok, jika dia tidak dihukum.

Bagaimanapun, Uriarte sebaliknya mengisi petak yang menjadi milik Hakim Danish iaitu di tangga ke-14, manakala, pelumba muda Malaysia itu melonjak satu anak tangga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN