Hakim Danish tempah petak ke-14

Hakim Danish tempah petak ke-14

HAKIM Danish bersama ketua kru pasukannya menjelang sesi kelayakan Moto3 pada Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, Sepang, hari ini. - IHSAN SIC Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Hakim Danish Ramli menempah laluan sukar untuk berebut tempat di kelompok hadapan, esok, selepas pelumba muda negara itu melengkapkan aksi kelayakan di petak ke-14 bagi kelas Moto3 pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dekat sini, hari ini.

Pelumba berusia 18 tahun yang mewakili pasukan AEON Credit SIC Racing MSi itu melakar masa sepusingan 2 minit 11.487s bagi menempatkannya di barisan kelima dalam perlumbaan sebenar, esok.

Hakim Danish berkata, beberapa kesilapan yang dilakukan semasa sesi kelayakan telah menjejaskan catatan masanya.

“Saya rasa pelumbaan, esok akan lebih sukar, sebab perlumbaan dalam Kejuaraan Dunia memang agak laju pada awal saingan dan saya akan berusaha untuk berada di kedudukan yang baik,” katanya kepada pemberita selepas sesi kelayakan berakhir.

Mengungguli saingan dalam kelas tersebut ialah David Almansa dari pasukan Leopard Racing yang mencatat masa terpantas 2:09.846s.

Berada di petak kedua, pelumba Jepun, Taiyo Furusato yang mewakili pasukan Honda Team Asia selepas melakar masa sepusingan 2:09.940s.

Jose Antonio Rueda dari pasukan Red Bull KTM Ajo pula mencipta masa ketiga terpantas selepas melakukan 2:10.076s.

Alamansa ketika ditemu bual berkata, dia melahirkan rasa gembira dapat menempah petak pertama dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras bagi membantunya.

“Sesi kelayakan, hari ini, sangat mencabar dan saya gembira dapat melaksanakannya dengan baik, ia tidak mudah, tetapi saya berjaya melakukan lebih bagus berbanding tahun lalu.

“Secara keseluruhannya, kami amat gembira dan sudah bersedia sepenuhnya untuk perlumbaan esok,” kata pelumba kelahiran Sepanyol itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN