Gunung Liang ditutup untuk aktiviti pendakian

Gunung Liang ditutup untuk aktiviti pendakian

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Semua aktiviti pendakian di Gunung Liang, Tanjung Malim dekat sini ditutup sementara kepada orang awam berkuat kuasa serta merta sehingga dimaklumkan kelak.

Pengarah Perhutanan negeri, Datuk Mohd. Basri Abdul Manaf berkata, penutupan itu dikecualikan bagi penganjuran program-program Jabatan Perhutanan seperti konservasi trek pendakian hutan simpanan kekal yang telah ditetapkan.

“Berpandukan Seksyen 47 Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985, ketidakpatuhan kepada arahan ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

“Atau kedua-duanya denda dan penjara itu sekiranya disabit kesalahan,” katanya hari ini.

Pada Khamis lalu, pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansoor ditemukan meninggal dunia di puncak gunung itu kerana hipotermia atau kesejukan melampau.

Jenazahnya dibawa keluar dari gunung berketinggian 1,933 meter itu menggunakan helikopter AW189 milik Pasukan Khas Udara Bomba pada keesokan hari.

Gunung Liang sememangnya terkenal di kalangan pendaki kerana laluannya yang mencanak dan hanya sedikit saja kawasan rata ketika mendaki.

Suhu di puncak gunung itu boleh mencecah kira-kira 16 darjah Celsius dan berkabus tebal. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN