Gol Bellingham bantu Real tewaskan Juventus

Gol Bellingham bantu Real tewaskan Juventus

Pemain Real Madrid, Jude Bellingham ditarik bajunya oleh pertahanan Juventus, Lloyd Kelly bagi menghalang pergerakkan pemain itu pada aksi Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Jude Bellingham memastikan Real Madrid mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam saingan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Juventus 1-0 di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Kelab gergasi Sepanyol itu, mendominasi sebahagian besar permainan, namun gagal menambah jaringan selepas pemain England tersebut menyudahkan peluang dari jarak dekat pada minit ke-57.

Juventus, yang kini bergelut dengan prestasi semasa tanpa kemenangan dalam tujuh perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan telah berjuang habis-habisan namun gagal mencari gol penyamaan.

Kemenangan Real itu menjadi persiapan sempurna menjelang El Clasico menentang Barcelona pada Ahad ini dalam saingan La Liga, dan meletakkan mereka antara lima pasukan memenangi tiga perlawanan pembukaan peringkat liga, termasuk juara bertahan Paris Saint-Germain (PSG).

“Perlawanan yang sukar untuk kami dan bukan mudah untuk meraih kemenangan ini. Jude buat saya dan rakan sepasukannya gembira, dia bermain dengan baik selepas kembali beraksi daripada kecederaan.

“Semua pemain menjalankan tugas dengan baik walaupun penyudah kurang tajam,” kata pengurus Real, Xabi Alonso.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN