GLIC terus memangkin pelaburan domestik

GLIC terus memangkin pelaburan domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) terus memangkin pelaburan domestik. 

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, GLIC melalui ikhtiar GEAR-uP meningkatkan pelaburan dalam negara kepada RM30 billion, berbanding RM25 bilion tahun ini. 

Katanya, bagi memacu pengembangan sektor strategik, pelaburan GLIC akan menyokong syarikat atau pasaran tempatan di peringkat pertumbuhan.

“Umpamanya, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menyediakan RM1.2 bilion Dana Pemacu bagi membuat pelaburan bersama dengan pengurus dana swasta (co-GP) untuk membiayai syarikat atau pasaran yang sedang berkembang dalam sektor seperti peralihan tenaga, keterjaminan makanan danan ekonomi digital.

“Program Syarikat Mid-Tier Khazanah menyediakan pembiayaan RM250 juta untuk membina keupayaan syarikat peringkat pertengahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN