KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menghantar satu batalion bagi misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Gaza sekiranya mandat daripada Majlis Keselamatan PBB diluluskan. Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kesediaan itu menunjukkan komitmen Malaysia dalam memainkan peranan aktif menegakkan keamanan antarabangsa dan menyokong tanggungjawab kemanusiaan sejagat. “Walaupun keputusan akhir terletak pada PBB, Malaysia terus mempromosi dan menyokong penubuhan pasukan pengaman ini. Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut…










