Dua maut, enam cedera dalam nahas dua kenderaan

Dua maut, enam cedera dalam nahas dua kenderaan

ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan selepas terbabit kemalangan berhampiran Surau Ar-Rahman Kampung Sentosa, Batu Dua, Jalan Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Dua maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berhampiran Surau Ar-Rahman Kampung Sentosa, Batu Dua, Jalan Sedili Besar di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Mohd. Shawaluddin Ami Nordin berkata, turut cedera dalam kemalangan itu adalah enam lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak.

Katanya, kedua-dua mangsa yang maut adalah pemandu Proton Waja dan Perodua Alza.

“Setibanya Pasukan keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya. Terdapat lima mangsa di dalam kereta Perodua Waja iaitu dua lelaki dewasa serta tiga kanak-kanak.

“Empat mangsa yang menaiki Proton Waja cedera, manakala lelaki berumur 70 tahun disahkan meninggal dunia. Di dalam Perodua Alza terdapat tiga mangsa iaitu lelaki dewasa, yang mana pemandu berumur 28 tahun disahkan meninggal dunia. Dua lagi mangsa cedera berumur 29 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan dan Hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN