PETALING JAYA : Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat kes pecah rumah dan melarikan kenderaan di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi di sini semalam. Penahanan suspek warga tempatan berusia 29 dan 32 tahun itu dilakukan pada pukul 6 petang dalam tempoh 14 jam mereka melakukan kegiatan itu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, lelaki itu ditahan di kawasan Cheras, Kuala Lumpur dan polis berjaya merampas kenderaan…