Dua daerah alami gelombang haba tahap kuning

Dua daerah alami gelombang haba tahap kuning

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua daerah di Semenanjung Malaysia mengalami gelombang haba pada tahap kuning atau berjaga-jaga.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan yang dikeluarkan pada pukul 6 pagi hari ini, dua daerah yang terlibat ialah Maran dan Bentong di Pahang.

Suhu panas pada tahap berjaga-jaga dikategorikan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah sehingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Status tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian mencecah sehingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turuT.

Sementara itu, tahap jingga atau gelombang haba ditetapkan apabila suhu maksimum harian mencapai antara 38 hingga 40 darjah Celsius.

Tahap merah atau gelombang haba ekstrem pula ditetapkan apabila suhu melebihi 40 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan seluruh kawasan di Sabah dan Sarawak merekodkan suhu maksimum harian di bawah 35 darjah Celsius bagi tempoh sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN