KLUANG: Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 65 Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam, petang semalam, hanya beberapa meter dari simpang masuk ke rumah mereka di Kampung Bukit Kenangan, Simpang Renggam. Mangsa, Rulijah Ahmad, 51, dan anaknya Salam, 15, maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi anak, Osama, 9, cedera parah dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini. Suami mangsa, Norazli…








