Dua beradik maut kereta bertembung lori tangki minyak

Dua beradik maut kereta bertembung lori tangki minyak

KEADAAN Perodua Axia selepas bertembung dengan lori tangki minyak di Jalan Majau, Kampung Majau berhampiran SK Ulu Majau, Kanowit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANOWIT: Dua beradik meninggal dunia selepas kereta Perodua Axia dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki membawa muatan minyak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 12.31 tengah hari tadi di Jalan Majau, Kampung Majau berhampiran SK Ulu Majau di sini.

Katanya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit yang tiba di lokasi mendapati kedua-dua lelaki berusia 69 dan 50 tahun itu tersepit di dalam kenderaan yang remuk.

“Pasukan bomba seterusnya bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan menyelamat. Mereka kemudian disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Katanya mayat dua beradik itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut bagaimanapun pemandu lori tangki minyak itu selamat tanpa sebarang kecederaan.

Sementara dalam satu lagi kemalangan berasingan, seorang wanita warga emas berusia 71 tahun maut selepas kereta Perodua Axia dipandunya bertembung dengan Perodua Aruz di hadapan perumahan Kastam di Sarikei, kira-kira pukul 1.25 petang tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN