Dianggar 100 peserta Himpunan Bantah Trump

Dianggar 100 peserta Himpunan Bantah Trump

POSTER mempunyai muka Donald Trump yang dipijak dalam Himpunan Bantah Trump susulan kehadiran Presiden Amerika Syarikat itu, di Dataran Merdeka di sini, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dianggarkan 100 orang berhimpun dalam Himpunan Bantah Trump di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Mereka yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) itu mula berhimpun kira-kira 9.30 pagi.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi mendapati mengibarkan bandera Palestin selain plakad berkaitan bantahan tentang tindakan genosid dan melaungkan ‘Free Palestin’.

Turut kelihatan kehadiran Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad serta aktivis yang juga bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Terdahulu, himpunan terbabit dijadualkan berlangsung di Ampang Park, Jalan Ampang sebelum diubah saat akhir di Dataran Merdeka.

Media sebelum ini melaporkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijadual tiba di Malaysia pada Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menegaskan bahawa masyarakat perlu mematuhi undang-undang selaras dengan nilai demokrasi yang diamalkan di negara ini bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan orang awam.

Menurut Fadil, lokasi Ampang Park tidak bersesuaian sebagai tempat berhimpun berdasarkan risikan dan analisis pihak polis kerana jaraknya kira-kira 50 meter daripada zon merah.

Zon merah ini dalam kawasan di mana penglibatan aktif laluan-laluan protokol semua delegasi ASEAN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN