Dhiya hias basikal merdeka RM 25

Dhiya hias basikal merdeka RM 25

Dhiya Azzkhayra Malaiqa (tengah) bersama basikal berhias.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Felda Tersang 3, Dhiya Azzkhayra Malaiqa Mohammad Syamsul Izwan, 8, atau mesra dipanggil Khayra mencuri tumpuan apabila menyertai pertandingan basikal berhias sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan di sekolahnya baru-baru ini.

Ibunya, Puteri Balqis Ismail, 30, berkata, basikal yang ditunggang anaknya itu bukan baharu, sebaliknya sudah dua tahun menemaninya bermain pada waktu petang dan dibeli menggunakan duit tabung Khayra sendiri.

Tambahnya, minat mendalam terhadap acara patriotik membuatkan anak sulung daripada dua beradik itu beria-ia menyiapkan hiasan basikal untuk perarakan Merdeka tahun ini.

“Kejayaan Khayra meraih tempat pertama dalam pertandingan pakaian kemerdekaan tahun lalu menjadi pemangkin untuk dia terus aktif menyertai program sempena Ogos.

Jelasnya, kos keseluruhan hiasan pula sekitar RM25 sahaja, membuktikan kreativiti boleh menyerlah walaupun dengan bajet terhad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN