Dettwiller keluar zon kritikal, Rueda pulang ke Sepanyol

Dettwiller keluar zon kritikal, Rueda pulang ke Sepanyol

Gambar sewaktu insiden kemalangan yang menimpa Dettwiller dan Rueda serta helicopter yang mendarat di lokasi kejadian ketika Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, Sepang, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Switzerland, Noah Dettwiler yang terbabit dalam kemalangan sebelum perlumbaan Moto3 pada Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad lalu, tidak lagi berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani beberapa pembedahan di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pelumba CIP Green Power Team berusia 20 tahun itu masih lagi belum di keluarkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) walaupun dia kini telah stabil.

“Menurut doktor yang merawatnya, keadaan Noah (Dettwiler) kini stabil dan tidak lagi kritikal.

“Dia akan terus dipantau di ICU. Terima kasih di atas sokongan dan kebaikan anda semua,” kata CIP Green Power menerusi kenyataan yang dikeluarkan di akaun media sosial, Facebook pasukan itu, malam tadi.

Sementara itu, mengenai perkembangan juara dunia Moto3, Jose Antonio Rueda yang turut terbabit dalam kemalangan tersebut, pasukannya, Red Bull KTM Ajo mengesahkan pelumba berusia 20 tahun tersebut kini dalam proses pemulihan selepas dipindahkan ke hospital swasta dari HKL.

Menurut kenyataan pasukan itu, Rueda akan di terbangkan pulang ke Sepanyol bagi menjalani pembedahan tangan kanannya di Barcelona.

“Menurut diagnosis selepas kemalangan, Rueda mengalami gegaran otak yang serius dan lebam di anggota tubuh, manakala, tangannya turut patah, tetapi, semakin sembuh.

“Selepas menjalani pemeriksaan secara menyeluruh, kami boleh sahkan keadaan pelumba Sepanyol itu semakin baik.

“Kami juga mahu mengambil peluang sempena berita baik ini, mengucapkan selamat hari lahir (29 Oktober) kepada Rueda, kami harap dapat meraikannya tidak lama lagi.

“Pada Isnin, kami telah memindahkan Rueda ke hospital swasta bagi menyambung proses pemulihannya dan memantau lebam di paru-parunya yang semakin pulih. Doktor menjangkakan dia sudah boleh pulang ke Sepanyol, esok (hari ini),” kata Red Bull KTM Ajo.

Dettwiller dan Rueda terbabit dalam kemalangan di selekoh tiga ketika melakukan pusingan tinjauan (sighting lap) sebelum perlumbaan Moto3 bermula dan juara dunia dari Sepanyol itu yang memacu laju jenteranya telah merempuh dari belakang pelumba Switzerland tersebut yang berada di tepi trek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN