Belanjawan 2026 : Peruntukan besar rapatkan jurang

Belanjawan 2026 : Peruntukan besar KPM rapatkan jurang pendidikan luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Merakamkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperuntukkan RM 66.2 bilion untuk Belanjawan 2026 pendidikan meningkat sebanyak bilion ketimbang tahun 2025.

Ia kekal mendapat peruntukan tertinggi dan diberikan keutamaan. Ia menandakan sektor pendidikan penting untuk melahirkan sumber daya manusia yang berkualiti untuk masa depan negara yang lebih baik, kompeten dan berdaya saing.

Secara umum belanjawan kali ini bersifat inklusif merangkumi semua segmen melibatkan kepentingan murid, guru, dasar dan ekosistem pendidikan.

Ini mengambil kira aspek prasarana dan infrastruktur, kebajikan murid, kebajikan guru, pemerkasaan bidang Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM), bidang pendidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) , sekolah khas, murid prasekolah dan tadika (pendidikan awal kanak- kanak ) dan aspek pengukuhan Bahasa Melayu.

Fokus belanjawan pendidikan kali ini tertumpu kepada meningkatkan akses pendidikan di luar bandar dari sudut infrastruktur dengan pembinaan sekolah- sekolah baharu sebanyak 38 buah sekali gus merapatkan jurang pendidikan antara pedalaman, luar bandar dan bandar. Ia juga langkah proaktif bagi memastikan tidak berlaku keciciran pendidikan.

Peruntukan belanjawan pendidikan juga tidak mengenepikan segmen golongan orang luran upaya (OKU). Ini satu usaha memastikan murid pendidikan khas diberikan peluang pendidikan lebih baik.

Satu perkara yang menarik dan menunjukkan keberanian adalah penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) pendidikan (pindaan) 2025 yang menekankan pendidikan wajib peringkat menengah dan RUU Anti Buli. Ia sekali gus memastikan kesinambungan pendidikan murid termasuk komitmen Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan sekolah sebagai zon dan persekitaran selamat dari salah laku buli.
Kerajaan juga dilihat memperkukuhkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan melalui pemantauan pengajaran Bahasa Melayu di sekolah- sekolah antarabangsa. Hadiah Bahasa Melayu adalah satu insentif untuk memartabatkan dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu tanpa mengenepikan Bahasa Inggeris.

Peruntukan kebajikan murid khususnya mengutamakan kelompok miskin seperti peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), biasiswa persekutuan, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Bantuan Am Persekolahan (BAP) adalah komitmen kerajaan membela rakyat. – UTUSAN

Mohd Azizee Hasan Presiden iGuru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN