PETALING JAYA: Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (Akta 869) dijangka berkuat kuasa Mei 2027 setelah dibuat penelitian terhadap peraturan-peraturan membabitkan urusan pelantikan dan terma perkhidmatan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penelitian juga dilakukan terhadap urusan tatatertib bagi membolehkan proses seterusnya berjalan lancar. “Pada masa sama, rundingan juga sedang berjalan bersama agensi pusat bagi membolehkan struktur organisasi Perkhidmatan Parlimen ini dapat dimuktamadkan…