Akmal Rizal puji aksi pemain Kelantan TRW

Akmal Rizal puji aksi pemain Kelantan TRW

Aksi Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) menentang Melaka FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam. - IHSAN FB MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengakui puas dengan aksi yang diperagakan oleh barisan pemainnya selepas menewaskan Melaka FC 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Akmal Rizal berkata, barisan pemainnya telah memberikan persembahan terbaik sepanjang perlawanan tersebut meskipun terpaksa beraksi di atas permukaan padang becak.

“Walaupun ada beberapa perancangan yang dibuat gagal diterjemahkan oleh barisan pemain. Namun, saya gembira mereka memberikan aksi terbaik.

“Saya harap momentum ini dapat diteruskan untuk aksi timbal balik menentang Sabah di Stadium Likas, 29 Oktober ini,” katanya.

Sementara itu, Pengendali Melaka FC, K. Devan memberitahu, pasukannya tidak layak kalah dalam perlawanan tersebut.

Katanya, sepanjang 15 minit pertama perlawanan, skuad Hang Tuah turut mendominasi perlawanan sehingga kedua-dua pasukan beraksi seimbang.

“Kita tak ada penyerang import malam ini dan ada tiga peluang jaringan gol, selepas 15 minit, permainan kita seimbang sehinggalah kita menjaringkan gol sendiri.

“Walaupun kita menjaringkan gol sendiri, pemain kita dapat menumpukan balik perhatian dan kita tamatkan babak pertama dengan baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN