ALOR SETAR: Seramai 55,904 pesawah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dijangka menerima manfaat berkaitan sektor tanaman padi seperti diumumkan dalam Belanjawan 2026, semalam. MADA berkata, peruntukan RM2.62 bilion bagi pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah termasuk subsidi harga, tanaman, baja, benih serta insentif pengeluaran padi dapat menjaga kebajikan pesawah selain memastikan keterjaminan pengeluaran makanan negara. Agensi itu memberitahu, peningkatan kadar insentif pembajakan dan racun di samping insentif penuaian…