23 pemain sandaran Malaysia ke Kejohanan Badminton Remaja Dunia

23 pemain sandaran Malaysia ke Kejohanan Badminton Remaja Dunia

Senarai penuh pemain remaja negara yang akan beraksi di Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2025 yang bermula 6 hingga 19 Oktober di Guwahati, Assam, India. - IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad badminton remaja negara hadir dengan misi besar apabila 23 pemain disenaraikan bagi menggalas cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2025 di Guwahati, Assam, India.

Saingan akan bermula dengan acara berpasukan campuran dari 6 hingga 11 Oktober sebelum diteruskan dengan acara individu dari 13 hingga 19 Oktober di gelanggang sama.

Senarai kali ini menyaksikan gandingan pemain perseorangan dan beregu terbaik tanah air yang merangkumi bakat berusia 15 hingga 18 tahun.

Antara yang menjadi tumpuan ialah Ayu Fu Sheng, Razeed Danial Roslie, Kong Wei Xiang dan Lim Boon Le yang menggalas cabaran perseorangan lelaki, manakala Carine Tee, Low Zi Yu dan Lee Joinne mengetuai perseorangan wanita.

Dalam acara beregu, gandingan berpengalaman seperti Tan Zhi Yang-Datu Anif Datu Asrah, serta pasangan muda Nur Aina Hatta-Nicole Tan diharap mampu memberi saingan sengit kepada lawan dari kuasa besar badminton dunia.

Kejohanan ini juga penting sebagai medan ujian buat barisan pelapis negara, apatah lagi ia menjadi penanda aras sebelum mereka melangkah ke kejohanan senior antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN