Wolff puji aksi cemerlang Verstappen

Wolff puji aksi cemerlang Verstappen

MAX Verstappen raih kemenangan ketiga di di Grand Prix (GP) Itali.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONZA: Bos Mercedes, Toto Wolff, memuji Max Verstappen kerana membuat semua orang lain kelihatan tidak bijak di Grand Prix (GP) Itali selepas pelumba Red Bull itu meraih kemenangan ketiganya musim ini.

Litar Monza menjadi kebangkitan kepada pelumba Belanda itu selepas Verstappen tidak memenangi sebarang perlumbaan sejak GP Emilia Romagna pada Mei lalu.

Juara dunia empat kali itu memecahkan rekod pusingan terpantas Lewis Hamilton yang dilakukannya pada 2020 semasa sesi kelayakan untuk meraih petak utama, mengatasi Lando Norris.

Wolff secara terbuka memuji Verstappen, pemandu yang sangat ingin ditandatanganinya bagi mengharungi musim 2026.

“Seorang pemandu telah membuatkan semua yang lain kelihatan tidak bijak.

“Mereka semua perlu tanya diri sendiri apa yang dia buat dengan berbeza. Secara keseluruhan, kami memang tidak kompetitif hujung minggu lalu. Tempat kelima dan kesembilan adalah sangat tidak memuaskan.

“Saya tak rasa, dengan tetapan kereta kami sekarang, kami mampu bersaing secara konsisten untuk naik podium. Kimi (Antonelli) buat terlalu banyak kesilapan.,” kata Wolff.

Pelumba Mercedes, George Russell menamatkan GP Itali di kedudukan kelima manakala rakan sepasukannya, Antonelli di tangga kesembilan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN