PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) esok di dua lokasi sekitar daerah Papar, Sabah. Menurut kenyataan MetMalaysia, ujian tersebut akan dijalankan pada Isnin, 29 September 2025 di dua masjid utama kawasan itu. “Dua lokasi itu membabitkan Masjid Raudhatul Ilmiyah, Kampung Kuala, Papar pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan Masjid Puncak Taqwa, Kinarut pada pukul 2 petang hingga…