KUALA LUMPUR: Platform media sosial, TikTok diarah untuk memberi perhatian serius terhadap sistem pengesahan umur pengguna platform berikutan mekanisme sedia ada dilihat gagal membendung kehadiran pengguna di bawah usia 13 tahun. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mendapati antara permasalahan dikesan dilakukan platform media sosial termasuk TikTok melibatkan pengguna kanak-kanak di bawah usia 13 tahun yang melanggar garis panduan komuniti platform. Beliau oleh itu menggesa pihak platform (TikTok) memuktamadkan…