Tiada rahsia antara Marquez, Bagnaia

Tiada rahsia antara Marquez, Bagnaia

MARC MARQUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ketua kru MotoGP, Marco Rigamonti menafikan terdapat rahsia yang disembunyikannya terhadap jentera pelumba Ducati, Marc Marquez daripada pengetahuan rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia.

Marquez, dijangka merangkul gelaran dunia kesembilannya lebih awal daripada jangkaan berbanding Bagnaia yang berdepan musim paling sukar dalam kerjayanya.

Rigamonti, ditugaskan bersama Marquez musim ini menegaskan bahawa pasukannya tidak akan menyembunyikan maklumat yang boleh membantu Bagnaia.

“Kami, sebagai satu pasukan, sentiasa bekerja bersama dan saling membantu. Ya, kami akan membantunya, kerana berdasarkan apa yang saya lihat selama ini, pada akhirnya perbezaan di atas trek ditentukan oleh pelumba.

“Ia membantu meningkatkan tahap motosikal. Jika Ducati berada pada tahap ini, itu kerana mereka berkongsi maklumat antara satu sama lain untuk sampai ke tahap ini.

“Jika wujud rahsia antara motosikal dan pelumba Ducati, tahap Ducati pasti lebih rendah. Kita kena ingat ketika Ducati masih jauh daripada kedudukan teratas, sebab itu penting kita berada di puncak sekarang.

“Jika pesaing anda adalah rakan sepasukan sendiri, akan ada persaingan di trek tapi tidak lebih dari itu.

“Adalah penting semua orang dalam pasukan, termasuk juruteknik Pecco, mempunyai hubungan yang baik dan saling membantu sebaik mungkin,” katanya.

Marquez dan Bagnaia dikontrak untuk terus menjadi rakan sepasukan di pasukan kilang Ducati pada tahun 2026 dan itu  bermakna mereka berdua akan bersama-sama memimpin pembangunan pakej motosikal untuk tahun hadapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN