PELANCONG di Hanoi, Vietnam dilihat tergesa-gesa menarik tangan dan kaki ketika sebuah kereta api melintas hanya beberapa inci dari tempat duduk mereka. Mereka pantas berundur ke kafe-kafe kecil di tepi landasan yang kini menjadi tumpuan pelancong dan menjana pendapatan lumayan di kawasan yang dahulunya dianggap setinggan oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa sudah beberapa kali berusaha menutup kawasan usang di ibu kota Vietnam itu atas faktor keselamatan, namun usaha tersebut dilihat…










