Takhta dunia ketujuh kini dalam genggaman Marquez

Takhta dunia ketujuh kini dalam genggaman Marquez

(Dari kiri) Pelumba Ducati, Marc Marquez, Francesco Bagnaia, dan pelumba Yamaha, Augusto Fernandez, meraikan di atas podium selepas perlumbaan pecut MotoGP Jepun di Motegi, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOTEGI: Marc Marquez hanya selangkah lagi untuk meraih gelaran dunia ketujuh selepas menamatkan perlumbaan pecut MotoGP Jepun di tempat kedua hari ini.

Pelumba Ducati itu kini hanya perlu sekurang-kurangnya muncul naib juara dalam Grand Prix (GP) esok untuk mengesahkan gelaran dunia pertama sejak 2019.

“Rentak perlumbaan sangat baik, rasa semakin hari semakin mantap dan esok pasti perlumbaan Panjang.

“Tetapi kita tidak boleh lupa sasaran utama hujung minggu ini adalah kejuaraan dunia,” kata Marquez.

Saingan pecut semalam menyaksikan Francesco Bagnaia berada dalam kelas tersendiri apabila meraih kemenangan sulung sprint musim ini selepas bermula dari petak utama.

Bagnaia, juara dunia dua kali dari Itali, pantas memecut meninggalkan Joan Mir sebelum mengekalkan kedudukan hingga ke garisan penamat.

Marquez pula bangkit memintas Mir dan Pedro Acosta untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua sekali gus menjarakkan mata kejuaraan.

Perlumbaan penuh drama itu turut menyaksikan Jorge Martin dan Marco Bezzecchi terjatuh di selekoh pertama manakala Jack Miller turut tersingkir di penghujung saingan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN