Swiatek juara Terbuka Korea

Swiatek juara Terbuka Korea

Iga Swiatek dari Poland meraikan kejayaan dengan trofi selepas menewaskan Ekaterina Alexandrova dari Rusia untuk memenangi perlawanan akhir perseorangan wanita pada kejohanan tenis Terbuka Korea di Seoul semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Iga Swiatek bangkit daripada permulaan buruk untuk menjuarai Terbuka Korea selepas menewaskan pilihan kedua, Ekaterina Alexandrova 1-6, 7-6 (7/3), 7-5 pada final malam tadi.

Pemain No.2 dunia itu kelihatan hilang rentak pada set pertama namun kembali mengawal permainan menerusi semangat juang tinggi dalam dua set berikutnya.

Kejayaan ini menghadiahkan Swiatek gelaran ketiga musim ini sekali gus pertama kali meraih trofi di Seoul.

Lebih manis, kemenangan itu hadir di kota yang menjadi sejarah buat keluarganya apabila bapanya, Tomasz pernah beraksi dalam acara rowing di Olimpik 1988.

“Ayah saya tidak dapat memenangi Olimpik, akan tetapi saya dapat memenangi kejohanan ini,” kata Swiatek.

Beliau turut berkongsi harapan agar bapanya dapat hadir ke kejohanan tahun depan untuk meraikan memori bersejarah itu bersama.

“Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana saya menang kerana dia (Alexandrova) bermain sangat hebat,” katanya.

Alexandrova yang juga juara edisi 2022 mengakui kecewa namun tetap bersemangat dan enggan kekalahan ini terus menghantuinya.

“Permainan tadi belum cukup sempurna. Mungkin selepas ini saya perlu sedikit baik,” kata Alexandrova. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN