Skuad ragbi 7s sedia hadapi cabaran Asia

Skuad ragbi 7s sedia hadapi cabaran Asia

Majlis simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada pemain rugbi Bunga Raya 7s sempena Siri Kejohanan Ragbi Asia 7s di Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Sungai Buloh, semalam. - UTUSAN/FIRDAUS JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki dan wanita negara diundi dalam kumpulan sukar bagi pusingan pembukaan Siri Ragbi 7s Asia di Hangzhou, China hujung minggu ini.

Skuad lelaki bimbingan Nik Safuan Ismade Nik Man diundi bersama juara bertahan Hong Kong, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Uzbekistan dalam Kumpulan A.

“Semua orang tahu Hong Kong adalah kuasa besar ragbi Asia manakala UAE juga sangat kuat kerana mempunyai sekurang-kurangnya enam pemain naturalisasi Fiji dalam pasukan mereka.

“Peluang terbaik kami adalah menentang Uzbekistan, manakala aksi bertemu Hong Kong dan UAE akan jadi sangat sukar tetapi ia perlawanan penting untuk menilai tahap sebenar pasukan,” kata Nik Safuan kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad Bunga Raya di sini, semalam.

Jurulatih itu menegaskan keutamaan beliau adalah menggunakan khidmat pemain tempatan sepenuhnya tanpa mengharapkan tenaga import.

Katanya, langkah itu adalah sebahagian daripada persiapan jangka panjang menuju Sukan SEA Thailand pada Disember nanti.

Dalam saingan wanita, skuad negara kendalian Muhammad Faiz Samsukhidir bakal berdepan laluan getir apabila diundi bersama gergasi Asia, China, selain UAE dan Sri Lanka dalam Kumpulan D.

Kedua-dua skuad kebangsaan yang dijadual berlepas ke Hangzhou petang ini bagi menghadapi saingan yang dijangka penuh sengit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN