SK Sendayan diberi laksana Karnival Semarak Perpaduan Bahasa

SK Sendayan diberi laksana Karnival Semarak Perpaduan Bahasa

Urusetia, juri dan sebahagian warga pendidik Sekolah Kebangsaan Sendayan bergambar bersama menerusi Program Karnival Semarak Perpaduan Bahasa di Seremban, Negeri Sembilan baru baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sempena Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Peringkat Daerah Seremban 2 , Sekolah Kebangsaan Sendayan diberi mandat sebagai pengerusi pelaksana di sekolah berkenaan baru baru ini.

Menurut Guru Besar, Ros­wati Yusof berkata, pi­haknya sangat berbesar hati atas amanat yang diberikan oleh pihak penganjur iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Seremban ( PPDS ).

“Kami bersama pihak penganjur membuat pelbagai persediaan rapi dari segi hebahan umum, prasarana, logistik dan sebagainya demi memastikan ia berjalan dengan lancar,” katanya

Seramai 99 peserta daripada 50 sekolah sekitar Seremban mengambil bahagian dalam acara bercerita dan pidato.

“Acara tersebut telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu peringkat sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Antara objektif utamanya adalah menggalakkan penggunaan Bahasa

Malaysia sebagai bahasa perpaduan dan komunikasi utama, mencungkil bakat terpendam dalam kalangan murid serta memupuk keberanian.”

“Sesuatu yang membanggakan apabila wakil sekolah kami yang bernama Nuha Alya Mohamad Asyraf berjaya mencipta kejayaan juara dalam acara bercerita,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN