Selangor FC jadikan Kinoshi korban pertama Liga M

Selangor FC jadikan Kinoshi ‘korban’ pertama Liga M

KATSUHITO Kinoshi direhatkan daripada tugas sebagai ketua jurulatih Selangor FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) mengumumkan bahawa ketua jurulatihnya, Katsuhito Kinoshi direhatkan, sekali gus menjadikannya pengendali pertama yang bakal kehilangan jawatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Dalam satu kenyataan rasmi SFC, pihak kelab memaklumkan Kinoshi direhatkan daripada tugasan selaku ketua jurulatih skuad utama berkuat kuasa serta-merta.

“Selangor FC ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Katsuhito Kinoshi atas segala sumbangan, usaha serta komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama pasukan,” jelas kenyataan itu.

Buat masa ini, tanggungjawab membimbing pasukan utama diserahkan kepada Christophe Gamel yang dilantik sebagai ketua jurulatih interim sementara pihak pengurusan mencari calon tetap.

“Tanggungjawab ketua jurulatih pasukan utama kini digalas oleh Christophe Gamel secara interim sementara kelab menjalani proses pelantikan seorang ketua jurulatih tetap yang baharu,” katanya.

Langkah SFC ini membuka ruang spekulasi mengenai siapa bakal menjadi pengendali tetap baharu, dengan beberapa nama berprofil tinggi mungkin dikaitkan.

Dengan saingan Liga Malaysia masih panjang, adakah tindakan Selangor ini terlalu terburu-buru terutama selepas skuad Merah Kuning bangkit menang 4-2 ke atas Tampines Rovers FC dalam saingan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC), Rabu lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN