Ricciardo kembali ke Red Bull?

Ricciardo kembali ke Red Bull?

Daniel Ricciardo. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Bekas pelumba Formula Satu (F1), Daniel Ricciardo mungkin kembali menghiasi paddock walaupun sudah mengumumkan persaraan daripada dunia perlumbaan.

Pelumba Australia berusia 36 tahun itu mengesahkan pengundurannya awal bulan ini menerusi sepucuk surat terbuka yang turut mengumumkan peranannya sebagai duta global Ford Racing.

Bos Red Bull, Laurent Mekies berkata, kerjasama Ford dengan Red Bull bermula pada 2026 membuka ruang besar buat Ricciardo kembali bersama bekas pasukannya dalam suasana baharu.

“Ia satu perasaan kekeluargaan melihat Daniel kembali bersama Ford Racing dalam pengembaraan ini.

“Saya yakin semua orang akan gembira melihat Daniel kembali ke paddock dan mungkin kita akan menyaksikan itu berlaku hasil kerjasama Ford Racing,” kata Mekies.

Ricciardo sebelum ini digugurkan oleh pasukan Racing Bulls selepas Grand Prix (GP) Singapura 2024 sekali gus menutup pintu kebangkitan dalam perlumbaan penuh.

Namun, pelantikan sebagai duta Ford Racing memberinya jalan baharu untuk terus kekal relevan dengan dunia permotoran antarabangsa.

Kehadiran Ricciardo sebagai figura popular dijangka mampu merancakkan lagi imej Ford yang kini berhasrat menawan semula pentas F1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN