Rashford kekal bersama Barcelona

Rashford kekal bersama Barcelona

Penyerang England, Marcus Rashford memberi reaksi semasa perlawanan bola sepak kelayakan Kumpulan K Piala Dunia 2026 antara England dan Andorra, di Villa Park, di Birmingham, Ahad lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Marcus Rashford tidak akan kembali ke Manchester United pada Januari ini dan akan terus kekal bersama Barcelona, menurut sumber rapat pemain itu.

Difahamkan Barcelona dan pengurus Hansi Flick masih memberi sokongan penuh kepada penyerang England tersebut.

Penyerang berusia 27 tahun itu, berpindah ke kelab juara La Liga pada jendela perpindahan musim panas ini.

Rashford gembira dapat melengkapkan perpindahan impiannya namun laporan sensasi di Sepanyol hujung minggu lalu mendakwa ia boleh bertukar menjadi mimpi buruk.

Media El Nacional mendakwa Barcelona sudah mempertimbangkan untuk menamatkan pinjamannya lebih awal.

Laporan mengejut itu mendakwa pengurusan Nou Camp kurang puas hati dengan prestasi awalnya selepas hanya tiga perlawanan namun erkara itu dinafikan keras oleh sumber rapat Rashford.

Barcelona mempunyai pilihan untuk menjadikan perpindahannya kekal dengan harga 30 juta pound (RM170 juta).

Setakat ini dia membuat tiga penampilan musim ini tetapi masih belum menjaringkan gol atau mencipta bantuan jaringan, malah minit permainannya juga agak terbatas sebagai pemain gantian.

Satu-satunya penampilannya dalam kesebelasan utama adalah ketika menentang Levante di Estadio Ciutat de Valencia.

Flick menggantikan pemain pinjaman itu pada separuh masa selepas Barcelona ketinggalan mengejut 0-2 sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-2.

Meskipun berdepan situasi itu, Rashford masih mampu meyakinkan pengurus England, Thomas Tuchel untuk menyenaraikannya bagi aksi kelayakan Piala Dunia menentang Andorra dan Serbia.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN