KUANTAN: Rakyat perlu memainkan peranan aktif dalam usaha memulihara Harimau Malaya yang kini semakin terancam dengan menjadi mata dan telinga di lapangan serta menyokong inisiatif pemuliharaan secara berterusan. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, penglibatan masyarakat sangat penting dalam memastikan kelangsungan spesies ikonik negara itu. “Jika ternampak jerat, aktiviti mencurigakan atau berlaku pertembungan dengan harimau, segera laporkan kepada Hotline Perhilitan…