LANGKAWI: Seorang penunggang basikal maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika menyertai acara kayuhan sejauh 68 kilometer (KM) di Jalan Kuala Muda, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, mangsa, Low Beng Seng, 28, yang menetap di sini meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala. “Siasatan awal mendapati mangsa berkayuh bersama beberapa peserta lain di kelompok…