GOMBAK: Pemilik kenderaan komersial yang dikesan tidak melengkapkan pemasangan Peranti Had Laju (SLD) akan diberi notis untuk hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh 10 hari bersama bukti pemasangan bermula 1 Oktober ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah penguatkuasaan itu melibatkan kira-kira 100,000 kenderaan di seluruh negara yang dikenal pasti dalam fasa pertama pelaksanaan. “Mulai 1 Oktober, kita akan hentikan kenderaan dan periksa. Jika mereka tidak…