IPOH: Pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid yang bermula April lalu bukan pembaziran. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, dasar pemakaian lencana itu bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dan memastikan generasi baharu didedahkan kepada maksud sebenar patriotisme. Menurutnya, dalam masa yang sama kementerian tidak mengetepikan isu-isu kritikal dalam pendidikan termasuk keperluan di sekolah-sekolah. “Dalam isu pendidikan, setiap polisi dan peruntukan yang diberikan itu bukan satu zero-sum game.…