Pemain terakhir TFC bukan pembelian saat akhir

Pemain terakhir TFC bukan pembelian saat akhir

SHEIKH Farouq Sheikh Mohamed Al-Bajrai (tengah) bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim (kiri) memperkenal jersi baharu pasukan itu pada Majlis Pelancaran Penjualan Jersi Terengganu FC di Al-Ikhsan, Mayang Mall, Kuala Terengganu.- UTUSAN/NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pembelian pemain baharu Terengganu FC (TFC) yang akan diumumkan dalam masa terdekat bukan dibuat secara terburu-buru walaupun pendaftaran dibuat pada saat akhir sebelum jendela perpindahan pertama ditutup 31 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TFC, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai berkata, langkah itu sudah lama dirancang pihak pengurusan selepas meneliti kelemahan tertentu yang timbul sepanjang aksi awal Liga Super musim ini.

“Kadang kala orang ingat last minute tetapi sebenarnya proses sahaja yang ambil masa. Selepas beberapa perlawanan awal, kita nampak ada posisi yang perlu diperkukuh untuk pastikan pasukan dapat memberi cabaran sengit,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Penjualan Jersi TFC di sini, semalam.

Menurut Sheikh Farouq, biarpun kualiti pemain sedia ada berada pada tahap baik, tambahan tenaga baharu itu tetap diperlukan bagi memberi keseimbangan serta mengekalkan konsistensi pasukan dalam semua perlawanan.

Ujarnya, kehadiran pemain baharu berkenaan juga bakal menjadi nilai tambah ketika TFC berdepan jadual padat membabitkan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia selepas ini.

“Kita tahu pemain kita ada kualiti, cuma dalam pasukan ini kadang kala kita pilih pemain ikut harmoni dan bonding. Jadi kita kena pastikan keseimbangan itu sentiasa ada,” katanya.

Sementara itu, selain cabaran jadual yang padat, Sheikh Farouk yang baru memegang jawatan CEO TFC sejak Ogos lalu mengakui berdepan tekanan memandangkan TFC mempunyai kelompok penyokong dengan harapan besar terhadap prestasi pasukan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN