Pemain gantian selamatkan Arsenal di Bilbao

Pemain gantian selamatkan Arsenal di Bilbao

Penyerang Arsenal, Leandro Trossard (dua dari kanan) meraikan dengan rakan sepasukan menjaringkan gol kedua pasukannya aksi Liga Juara-juara antara Athletic Club Bilbao dan Arsenal di Stadium San Mames di Bilbao hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BILBAO: Arsenal memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan penuh bergaya apabila dua pemain gantian, Gabriel Martinelli dan Leandro Trossard memastikan kemenangan 2-0 ke atas Athletic Bilbao, awal pagi tadi.

Aksi di San Mames berlangsung sengit dengan tuan rumah yang kembali ke kejohanan selepas 11 tahun lebih dahulu menguasai permainan, namun disiplin pertahanan The Gunners mengekang asakan lawan.

Martinelli meledak gol pertama pada minit ke-72 hanya 36 saat selepas dimasukkan, sebelum Trossard menambah jaringan kedua pada minit ke-87 hasil hantaran pemain Brazil itu.

“Kami mula berkembang sepanjang perlawanan dan pada babak kedua lebih dominan, manakala pemain gantian memberikan impak besar untuk memastikan kemenangan,” kata pengendali Arsenal, Mikel Arteta.

“Pemain gantian sama penting, malah kadangkala lebih penting daripada kesebelasan utama kerana mereka mampu mengubah permainan ketika lawan mula hilang rentak,” tambahnya.

Arteta yang pulang ke tanah kelahirannya, wilayah Basque, membuktikan sentuhan taktikal apabila pertukarannya menjadi kunci kepada tiga mata sulung buat Arsenal.

Martinelli bukan sahaja mencuri perhatian dengan gol pembukaan, malah turut mencipta peluang kedua yang disempurnakan Trossard untuk memastikan kepulangan manis Arteta ke kampung halaman.

Walaupun tewas, penyerang Athletic, Inaki Williams tetap berbangga dengan usaha pasukannya sambil menegaskan mereka hadir ke kejohanan ini untuk bersaing, bukan sekadar mengutip pengalaman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN