PETALING JAYA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa mengenakan sekatan terhadap Israel serta tidak membiarkan kekejaman rejim Zionis di Asia Barat terus merebak hingga mengancam keamanan dunia. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, serangan terbaharu Israel di Doha, Qatar bukan sekadar serangan terhadap beberapa wakil Hamas, sebaliknya mencabul kedaulatan sebuah negara dan menghina segala usaha pengantaraan yang dijalankan oleh masyarakat antarabangsa. “Serangan ini jelas menunjukkan keganasan Israel akan terus menggugat…