Misteri prestasi Pogacar cetus tanda tanya

Misteri prestasi Pogacar cetus tanda tanya

Pelumba Slovenia, Tadej Pogacar (kiri) semasa sesi latihan Kejohanan Dunia Lebuh Raya UCI 2025, di Kigali, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIGALI: Persiapan Tadej Pogacar menuju perlumbaan Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Dunia Ahad ini terus menimbulkan tanda tanya selepas kegagalannya dalam ujian masa yang mengejutkan ramai pihak.

Kekalahan pelumba No.1 dunia itu sebagai satu tamparan besar yang menyakitkan buat bintang berusia 27 tahun itu.

Juara Tour de France itu sebelum ini mengakui dirinya jatuh sakit sebelum berangkat ke Kanada dan terpaksa mengabaikan beberapa sesi latihan penting.

“Selepas saya sakit sebelum Kanada, saya terpaksa abaikan beberapa latihan TT (ujian masa) penting,” kata Pogacar.

Ketiadaan kem latihan altitud dan keletihan selepas musim panjang turut dipersoalkan sebagai punca prestasinya merosot.

Bagaimanapun, beliau tabik kepada prestasi pelumba Belgium, Remco Evenepoel yang membuat persiapan sangat rapi untuk memintasnya di ujian masa.

“Remco (Evenepoel) luar biasa, dia benar-benar bersedia 100 peratus untuk disiplin ini,” katanya.

Sementara itu, engurus pasukan UAE Team Emirates-XRG, Mauro Gianetti tetap yakin anak buahnya mampu bangkit.

“Saya pasti ia tidak akan menjejaskannya, Tadej bukan seperti itu,” kata Gianetti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN