Mengaminkan doa yang tidak faham maksud

Mengaminkan doa yang tidak faham maksud

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mengaminkan doa yang tidak faham maksud

SOALAN
Kita diwajibkan mengaminkan doa imam tetapi kita tidak tahu apa yang imam doakan. Bolehkah kita aminkan juga?

Fadli,
Kuala kangsar

JAWAPAN
Disunatkan aminkan doa yang tidak difahami kerana amin itu bermaksudkan – Ya Allah makbulkan doa kami.

Gambar bersifat maksiat, syirik dilarang dalam rumah

SOALAN
Saya ingin penjelasan, gambar yang macam mana tidak dibenarkan disimpan dalam rumah. Kenapa Islam melarangnya?

Muaz,
Kajang

JAWAPAN
Gambar-gambar yang bersifat maksiat dan menunjukkan kepada benda syirik seperti patung berhala atau gambar-gambar berunsur syaitan adalah terlarang. Ada pun gambar keluarga yang menjaga aurat tidak mengapa.

Bidaah jika tidak ada asas dalam Islam

SOALAN
Apakah ciri-ciri amalan bidaah dalam Islam?

Ingin tahu,
Kuala Lumpur

JAWAPAN
Ciri amalan-amalan bidaah di dalam Islam adalah yang tidak ada asas daripada agama dan usul agama. Ada pun perkara-perkara yang terdapat asas ia secara umumnya, insya-Allah tidak mengapa.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN