Martinelli selamatkan Arsenal saat akhir

Martinelli selamatkan Arsenal saat akhir

Pemain tengah Arsenal, Gabriel Martinelli (dua dari kanan) merembat bola ke jaring City untuk gol penyamaan lewat semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Manchester City di Stadium Emirates di London hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal berjaya mengikat Manchester City 1-1 selepas jaringan penyamaan dramatik Gabriel Martinelli pada masa kecederaan di Stadium Emirates, sebentar tadi.

City terlebih dahulu berada di depan seawal minit kesembilan menerusi penyudah kemas Erling Haaland hasil serangan balas pantas.

Pertahanan The Gunners bergelut mengekang asakan awal lawan namun mereka terus berusaha mencari ruang untuk kembali dalam permainan.

Kemasukan Martinelli pada babak kedua memberi nafas baharu sebelum pemain Brazil itu menyamakan kedudukan pada minit ke-90+3 dengan hantaran chip menewaskan Gianluigi Donnarumma.

Gol tersebut menghidupkan sorakan padu penyokong tuan rumah yang seakan pasrah melihat Arsenal hampir tewas di hadapan penyokong sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN