Martin mahu tamatkan 'pra musimnya' di Jepun

Martin mahu tamatkan ‘pra musimnya’ di Jepun

JORGE Martin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ITALI: Juara bertahan MotoGP, Jorge Martin menganggap Grand Prix (GP) Jepun hujung minggu ini sebagai penamat kepada ‘pra-musimnya’ selepas mendapat keputusan ujian yang sangat positif di Misano.

Pelumba Aprilia itu setakat ini hanya menyertai enam daripada 16 pusingan musim 2025 selepas menghabiskan sebahagian besar kempen ini di luar litar akibat kecederaan.

Kembali beraksi sejak GP Czech pada Julai lalu, fokus Martin adalah menyesuaikan diri dengan jentera RS-GP yang telah banyak berkembang sejak awal tahun.

Ujian pasca perlumbaan di Misano pada Isnin lalu memberikan Martin peluang untuk menumpukan kepada peningkatan keselesaan dan rasa ketika menunggang, dengan perubahan dari segi ergonomik memberikan peningkatan paling ketara.

Hasilnya, Martin mahu memberi fokus kepada kelajuan dan prestasi serta meninggalkan fasa penyesuaian yang dilaluinya menjelang GP Jepun.

“Saya sangat teruja untuk ke Jepun. Ujian di Misano sangat positif. Kami melakukan banyak ujian dan mengambil satu langkah besar dari segi ergonomik.

“Setakat ini, ia merupakan satu fasa penyesuaian, hampir seperti pra-musim tetapi mulai sekarang, saya ingin fokus kepada kelajuan dan prestasi.

“Perlumbaan di Misano membolehkan saya mendekati tahap yang saya inginkan, walaupun masih banyak kerja yang perlu dilakukan. Kami perlu terus menambah baik, dan itulah yang akan menjadi keutamaan kami sepanjang baki musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN