KANGAR: Seluruh pemain industri pembinaan di negeri ini diseru memanfaatkan sepenuhnya program, latihan dan peluang disediakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama kerajaan Persekutuan. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, para kontraktor, perunding, pelajar dan seluruh warga industri pembinaan di negeri ini perlu bersama-sama memperkukuh daya saing dengan beradaptasi bersama teknologi baharu. Titah baginda, pihak terlibat juga disaran agar dapat mendukung aspirasi pendigitalan negara supaya industri…