LTdL 2025: Malucelli tawan Gerik-Pasir Puteh

LTdL 2025: Malucelli tawan Gerik-Pasir Puteh

PELUMBA Itali dari pasukan XDS Astana, Matteo Malucelli menjadi perlumbaa pertama melepasi garisan penamat pada perlumbaan peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 dari Gerik ke Pasir Puteh, sebentar tadi.-UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Pelumba Itali dari pasukan XDS Astana, Matteo Malucelli menambah koleksi kemenangan apabila menawan peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 dari Gerik ke Pasir Puteh, sebentar tadi.

Malucelli, 31, yang juga pemenang peringkat pertama di Langkawi sebelum ini, menamatkan saingan sejauh 198.2 kilometer(km) itu dengan catatan masa 4 jam 28 minit 04 saat.

Kemenangan itu juga membolehkannya terus menguasai jersi hijau selaku pendahulu keseluruhan dengan jumlah masa terkumpul 9 jam 57 minit 59 saat, sekali gus mengukuhkan cengkaman dalam perebutan gelaran keseluruhan.

Pelumba berpengalaman Norway, Alexander Kristoff (Uno-X Mobility) sekadar berpuas hati di tempat kedua manakala rakan sepasukannya Erlend Blikra melengkapkan kedudukan podium.

Bagi kategori pelumba Asia terbaik (jersi putih), pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Vadim Pronskiy mengekalkan penguasaan dengan catatan 9:58:22s sementara jersi oren (Raja Pecut) menjadi milik Malucelli selepas mengumpul 42 mata.

Dalam saingan Raja Bukit (jersi polka dot), pelumba Poland, Patrick Eddy dari pasukan Picnic-PostNL berada dalam senarai pendakian apabila mengutip 15 mata, bersama Jambaljamts Sainbayar (Burgos- Burpellet-BH) di tangga kedua dengan 15 mata.

Kejayaan di Pasir Puteh membuktikan keampuhan pecutan Malucelli yang kini memburu kemenangan ketiga peribadi pada edisi kali ini, sekali gus memberi amaran awal kepada pencabar utama lain menjelang perlumbaan peringkat seterusnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN