MUAR: Seorang lelaki yang disyaki mempunyai masalah mental membakar rumah milik bapanya di Kampung Tengah, Jalan Bakri, di sini, pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, suspek yang berusia 32 tahun itu telah turut mencederakan bapanya berusia 70 tahun menggunakan pisau dalam kejadian kira-kira pukul 9.43 pagi itu.
“Siasatan mendapati sebelum kejadian kebakaran, suspek yang merupakan seorang penganggur telah memukul serta melibas bapanya dengan rotan dan pisau sehingga menyebabkan bapanya cedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar. Kejadian turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal musnah dengan anggaran kerugian RM150,000.
“Suspek yang ditahan dan disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan kini dirawat di HPSF kerana mengalami kecederaan ringan serta disyaki mempunyai masalah mental,” katanya ketika dihubungi semalam. – UTUSAN










