BALIK PULAU : Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar empat buah kenderaan di Jalan Kenari, Bayan Lepas di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.55 malam itu, suspek yang berusia 55 tahun memandu sebuah kereta jenis Honda Accord sebelum merempuh sebuah Proton X70 serta tiga lagi kenderaan awam yang diletakkan di bahu jalan berhadapan Gereja Devine Mercy. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner…










