KUBANG PASU: Kolam takungan di Taman Belimbing, Jitra yang sebelum ini hanya berfungsi sebagai infrastruktur saliran kini berwajah baharu apabila dinaik taraf menjadi taman rekreasi moden, sekali gus memberi nilai tambah kepada penduduk setempat. Projek penyelenggaraan dan naik taraf yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) itu berjaya mengubah kawasan kolam yang kurang terurus kepada sebuah lokasi riadah komuniti yang lebih ceria, selamat dan mesra pengunjung. Lokasi berhampiran Taman…