Terus Azim buka lampu di telefon bimbitnya sambil mukanya dirapatkan ke cermin. Dia mengecilkan mata sambil tapak tangannya laju menyapu debu di cermin kenderaan tersebut. Namun tiba-tiba dia tergamam. Jantungnya seperti disentap keluar dari tubuh. Walaupun pandangannya sedikit kabur tetapi matanya dapat melihat apa yang ada dalam kenderaan tersebut ketika itu. Jelas kelihatan satu makhluk yang menyeramkan sedang duduk di kerusi pemandu sambil membongkokkan tubuhnya ke arah kerusi penumpang di…