BALING: Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi kelonggaran kepada Kedah untuk mengurangkan kawasan sawah padi bagi tujuan pembangunan lain, seiring dengan tuntutan semasa tanpa menjejaskan peranannya sebagai Jelapang Padi negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan Kabinet dan hasil rundingan bersama kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika lawatan ke Kedah, baru-baru ini. “Bila bincang dengan kerajaan negeri, mereka akui kita…