Jerman mahu julang Piala Dunia 2026

Jerman mahu julang Piala Dunia 2026

Julian Nagelsmann. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Pengendali Jerman ,Julian Nagelsmann mengumumkan skuad kendaliannya telah menetapkan sasaran utama untuk menjuarai Piala Dunia 2026.

Sasaran itu diumumkan menjelang aksi kelayakan pertama Kumpulan A menentang Slovakia di Bratislava sebelum menanti kunjungan Ireland Utara pada 7 September di Cologne.

Nagelsmann berkata, mereka bersemangat untuk memulakan kempen dengan kemenangan dalam usaha layak ke kejohanan yang akan dianjurkan di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico tahun depan.

“Adalah bagus untuk menetapkan sasaran. Sukar untuk sebuah pasukan atau individu menjalani hidup tanpa matlamat yang ingin dicapai, sesuatu yang berbaloi untuk diperjuangkan,” kata Nagelsmann.

Jerman tersingkir di peringkat kumpulan pada dua edisi terakhir Piala Dunia dan tinjauan menunjukkan tidak semua penyokong berkongsi keyakinan seperti Nagelsmann.

“Saya rasa adalah bagus apabila semua mahu memenangi Piala Dunia. Saya 100 peratus yakin tiada pemain yang akan menjawab sebaliknya, jika tidak mereka tidak perlu bersama kami,” tambahnya.

Selaku juara dunia empat kali, Jerman menjadi pasukan pilihan untuk lolos ke Piala Dunia daripada Kumpukan A yang turut dianggotai Luxemburg.

“Namun kami perlu fokus pada proses hingga sampai ke sana, pada setiap perlawanan.

“Jangan ada detik keraguan hanya kerana matlamat tinggi itu. Proses adalah penentu untuk mencapai sasaran,” tambah Nagelsmann.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN